Monday 22 December 2014

  Resepi 'Pudding Bread'

4 keping roti xkisah brand pe plg sodap Gardenia (coz Loyang sy kocik jo)
 setengah Susu Kotak &  ------> Kalau nak rasa lemak-lemak pakai la full cream milk. tapi sy Dutch Lady Low fat.. Pakai setakat cukup untuk rendam roti-roti
 1 Sudu Besar Gula Halus
 2 Biji Telur Ayam
Esen Vanilla
  main agak2 Mentega
 Kismis buh sesuka hati  
Kismis

Vanilla Caramel Sauce:
1 tin susu sejat
2 Sudu Besar Gula Halus ------> sy buat ikut citarasa sy sbb tak suka manis-manis. kalau budak-budak makan sy rasa boleh tambah lagi 1 sudu kot
2 Sudu Besar Tepung Kastad
Esen Vanila


Cara-cara:
1. Sapu roti dengan mentega depan dan belakang
2. Potong 4 dan rendam selama 20 - 30 minit dalam susu kotak (full cream / low fat / fresh milk up 2 u!)
3. Dalam bekas lain pukul sebati gula, telur, esen vanilla
4. Bila roti dah soggy, tuang roti n belen-belen susu tadi dalam bekas berisi gula, telur, esen vanila dan choc chip tadi dan gaulkan sampai sebati
5. Tuang dalam loyang, lepas tu tabur belen-belen choc chip ke Oreo ke dan kismis kat atas adunan tadi dan kukus selama 30 - 40 minit (sapu mentega dekat dalam loyang jugak)
6. Keluarkan dan biarkan sejuk. Sementara tunggu kukus tadi boleh buat Vanilla Kastad Sos

Vanilla Sauce
1. Letak semua bahan susu sejat, gula, tepung kastad, esen vanilla dan panaskan dalam periuk.
2. Pakai api kecil untuk elak hangus
3. Bila da rasa-rasa cair nak ke pekat-pekat skit tutup api dan biar sejuk

** Lepas dah sejuk letak vanilla sos atas puding tadi dan masukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk memang sedap noks!


sy guna mixer je...sonang...



Nie ari tu adik sy wat....dia buh mcm2...kismis...kurma d oreo..MMG TERBAEKK

No comments:

Post a Comment