Assalamualaikum.....
Tunggu entry akn datang eyh....hehehe....Ari ni sy nak share ngan korunk something yg lebih bermanfaat lagi ...InsyaAllah....mengenai KEPUTIHAN
Masalah yg bole dikatakan sering gaklaa d sinonim ngan wanita...tp itu sebenarnye adalah HINt yg tak elok...tapi bkn semua laa yg mengalaminye....Alhamdulillah bg yg tak pernah melaluinye...
sebelum tu let me tell u apa itu keputihan(hasil dari Google) hehehe....Keputihan atau Fluor Albus merupakan sekresi vaginal abnormal pada wanita. Keputihan yang disebabkan oleh infeksi biasanya disertai denganrasa gatal di dalam vagina dan di sekitar bibir vagina bagian luar. Yang sering
menimbulkan keputihan iniantara lain bakteri , virus, jamur atau juga parasit. Infeksi ini dapat menjalardan menimbulkan peradangan ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih
saat si penderita buang air kecil.
Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.
1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres. malah, keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.
2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.
3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.
4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
ok kategori mana kah anda??
ok nak taw punca-puncanye....
- Jangkitan bakteria/yis disebabkan oleh perubahan PH di vagina
- Alergi terhadap krim atau spray yang digunakan
- Seluar dalam yang ketat, basah dan tidak kerap ditukar
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Penjagaan vagina yang tidak konsisten (terutamanye selepas hubungan Kelamin)
- Menggunakan douching yang berbau wangi dan menggangu PH vagina yang mungkin mematikan bakteria baik dalam vagina
- Amalkan minum air 3 litter sehari
- Memakai seluar dalam yg matrialnya daripada kapas dan tidak terlalu ketat
- Mengamalkan minum yogurt yg pekat tu seminggu 3 kali @ if tak suka minumlaa yogurt drink setiap hari.Bagus jugak utk system penghadaman kita.Masa sy pregnant dulu boleh dikatakan 4 kali seminggu sy minum air Barli...rebus sendiri taw...takut kena marah ngan Nurse kalo kencing kotor...so minumlaa air ni bila dekat ngan tarikh temujanji.
- Amalkan amik Vitamin C utk meniggikan Imun badan...insyaAllah tak delaa asyik jatuh sakittt je...Nauzubillahuiminazalik...kalo korunk malas nak mkn suppliment vitamin-vitamin ni...bole laa merajinkan diri mkn 2 biji oren sehari..ok
- Saya guna pencuci ni..Alhamdulillah...its worth it ...bole tgk maklumat lanjut di http://www.lactacyd.com.my/
Korunk jugak bole dapatkan banyak info pasal kesihatan kat website kami ni
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/buku%20kecil/R/index.php
Marila kita sama-sama menjaga KESIHATAN kita....
No comments:
Post a Comment