Assalamualaikum korunk
Korunk sihat??moga-moga semuanya okok belaka...meskipown JEREBU...ari ni sy sesaje je nak share somthink maybe useful in future utk korunk..InsyaAllah....Sebelum kita nak travel ke mana-mana,
itinerary mesti kena ada. Tu wajib bagi saya…Ini yg sy belajar dari pengalaman
saya semasa berpeluang attach ngan Travel Agency.. amat amat BERGUNA..ari ni
saya nak share tips ngan korunk…itinerary tu pentingggg woooo Melainkan kalau
nak duk sana 2-3 bulan tu mungkin ada banyak masa untuk explore @ ada relative
yg bole bisa atur semua aktiviti kita. Tp mmmm pengalaman saya ms g Kerala,
India mmg saya xstudy apa2 bg kepercayaaan sepenuhnya pd relative MMG HANCUSSSS
percutian itu….huhuhu…kena berani tanggung risiko gaklaa…better study siap2..
Tapi kalau macam kami yang 5 hari pun dah cukup lama…kekangan Jadual Hubby yg
padat… wajib ada itinerary. Kenapa? Supaya masa yang ada boleh dioptimumkan
sebaiknya. Ye lah, bukannya selalu kita nak travel. Lebih baik plan siap-siap
sebelum sampai di sana dan buang masa fikir nak ke mana.
Di sini saya nak kongsi beberapa tips
untuk buat itinerary. Mudah-mudahan berguna dan membantu OK!
1. Tujuan Kembara/Jenjalan
Orang travel ni atas macam-macam
sebab. Ada yang nak rileks2 aje. Ada yang nak buat aktiviti. Ada yang nak
menikmati nature. Ada yang nak menikmati culture. Ada nak melawat landmark. Ada
yang nak shopping (nie favourite saya tp tidak bg hubby saya..hehehe). Ada yang
tak kisah asalkan sampai… Cuba fikir sejenak “Apa yang aku nak dari kembara
ni?”.Bila dah jelas apa yang kita nak buat, barulah senang nak plan ke mana nak
pegi.
2. Berapa lama akan ke sana
3 hari? Seminggu? 2 minggu? Sebulan?
6 bulan? Makin singkat masa kembara kita, makin strict plan yang kita kena
buat.mmg jadi latih gak…tp sometimes ada gak sy skip itinerary yg saya da
buat…. Dan of course mesti dapat cover yang penting2 supaya berbaloi dengan apa
yang dah spent kan.mmmmm..Its all about time d money.saya mmg kena guna peluang
yg dapat semaximum coz bkn senang nak g..ngan packnyerr jadual kerja Hubby
saya…HAHAHA
3. Rujuk Peta dan Buku-Buku Travel
Mesti kena kenal tempat yang kita nak
pegi tu. Ini penting untuk menyusun itinerary, terutama dalam masa singkat.
Jangan teruja dengan nama dan tarikan je, RUJUK PETA! Mesti tahu itu kat mana,
ini kat mana.
4. Plan Nak Tinggal di Mana
Hotel? Hostel? Apartment? B&B?
Rumah member? Kami pernah g Singapore Adhoc je tanpa buat apa-apa persiapan..pastu
ngan xbook hotel apa pown…melilaulaa cari hotel masa tu lak Ghaye..apa lagi
hage Hotel pown mostly FULLY BOOK d Mak
aiii hage xyah citerlaa cekik darah…end up kami dok Motel je..tp Alhamdulillah
gaklaa …selesa Cuma xleh nak nak expect lebihlaa bilik mmg kecik d Tilet
sharing..overall ok jerrr….So Moral of d story
jgn main terjahhh jerr…Decide nak tinggal kat mana dan check lokasinya
dalam peta yang kita dah sediakan tadi(lanie dah CAnggih d Mudah) googel map
jerr..HAHAH…dulu ms saya keje mmg kena rajin explore kat tenet d minta guide dr
Boss Supaya takdelah ambil masa yang lama nak ke satu-satu tempat dan balik
semula ke tempat penginapan. Penat tau ulang-alik nih.
5. Plan Transport
Dah plan tempat nak tinggal,
transport pun mesti plan siap2. Check tempat yang kita nak pegi tu ada
pengangkutan awam yang mudah macam tren atau bas ke, atau kena pandu kereta ke,
atau jalan kaki ke… Kalau ada public transport ni biasanya ada cara nak
berjimat macam beli pass dan sebagainya. Tp kena RAJIN jalan laaa kan…1 cabaran
tu kalo ngan Daniel..HAHAH. Sesuaikan dengan plan dan decide macamana.
6. Check Hari Cuti/Festival
Check masa date yang kita plan nak
pegi tu, ada tak terkena dengan hari cuti atau sebarang festival di tempat/negara
terbabit.
7. Check Best Time Untuk Kunjungan
Misalnya kalau nak tengok tarian
kecak di Uluwatu, Bali.. mesti ada di sana sebelum senja sebab ia bermula pada
waktu senja.Sonokkk…1 pengalaman yg indah dinner dibawah sunset.tp masa tu sy
bujang lagi…njoylaa tgk couple2 dlm group yg sy handle tu menikmati panorama
tu..tumoang gembira jelaa..HAHAH...mcm kat Kundasang ,Sabah lak..nie ms kami
sekeluarga bercuti ke sana…sy realise 1 thing Waktu TERBAEK nak tgk view gunung
Kinabalu adalah di sekitar jam 6.00 pagi….Haaaaaaaaaa terkejut kan…sana
matahari dah terbit waktu2 itu..hehehe.MMg awesome… Janganlah terlepas time2
istimewa ni ye.
8. Bajet
Saya selalu letak bajet di akhir
sekali. Sebab apa.. kalau letak bajet awal2 kadang2 minda kita jadi ‘limited’.
Jadi nak fikir perkara yang dalam bajet je. Tapi kalau bajet datang selepas
semua selesai, kita mungkin boleh plan untuk jimatkan belanja tapi still boleh
menikmati apa yang kita dah rancang. Daripada dari awal dah cut beberapa
perkara menarik sebab takde bajet.dan memandangkan Hubby pown tak kisah BUDGET
apaa lagi bedalll je..HEHEHE
9. Fleksible
Perlu ingat yang itinerary ni cuma
panduan saja.. jangan pulak terlalu rigid nak kena ikut satu persatu. Mungkin
dalam perjalanan tu kita ada hadapi isu, ataupun jumpa benda yang lebih best…
jadi mesti bersedia untuk perubahan plan, atau siap2 buat plan B.
Bila masa terbaik nak buat itinerary
ni? Buat je sebaik datang idea dan hasrat nak mengembara tu… Jangan tunggu last
minute, nanti banyak pula benda menarik yang tertinggal. Saya biasa buat
itinerary dalam sebulan dua sebelum bertolak, kadang2 ada juga seminggu dua,
dan yang paling haru, sehari sebelum! Oh, yang tak sempat buat itinerary pun
ada juga.tp mmg kelam kabut laaa…xproper…sy tak enjoy.. Tapi macamana pun,
sediakanlah itinerary sebagai panduan. Sekurang2nya jadi sebab nak study lebih
sikit tempat2 yang kita nak pegi tu.
Selamat berkembara!